Friday, November 23, 2012

BIDARA @SINAR HARIAN

Laporan Sinar Harian mengenai Tepung Bidara dalam ruangan bisnes.


Haji Ahmad Hassan menerangkan keistimewaan tepung gandum keluaran syarikatnya.


Eksekutif Pemasaran Bidara Flour, Arifin Aziz menunjukkan tepung gandum yang dihasilkan. 
Bidara Flour mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sinar Harian kerana telah memilih Bidara Flour dalam ruangan BISNES : Niaga Jaya keluaran hari Rabu, 14 November 2012.

Berikut adalah petikan berita :
TEPUNG GANDUM PERTAMA KELUARAN BUMIPUTERA
Wartawan : NURUL HIDAYAH HAMID
Wartawan Foto : WAN MUHAMMAD ASYRAF WAN ZAKARI
14 November 2012

Layari Tepung Gandum Produk Melayu Pertama untuk membaca artikel dalam versi elektronik

Berpengalaman dalam bidang perusahaan tepung gandum hampir 12 tahun menjadi pemangkin kepada Ahmad Hassan melebarkan perniagaannya selepas mengambil alih salah sebuah syarikat pada penghujung 2009.

Secara tidak langsung, Ahmad merupakan usahawan Bumiputera pertama yang mengeluarkan tepung gandum walaupun terpaksa mengeluarkan modal besar termasuk mendapatkan bantuan daripada Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB). Pengeluaran tepung gandum di bawah kelolaan Bidara Flour Sdn Bhd mendapat permintaan tinggi dari hari ke hari sehingga mampu bergelar syarikat Bumiputera pertama sebagai pembekal tepung gandum.

Selain menguasai pasaran Malaysia, produk syarikat juga berjaya menembusi pasaran Singapura bagi produk sama dan bercadang membuka kilang memproses tepung dalam tempoh lima tahun akan datang.

Halal, berkualiti dan tanpa peluntur

Pemiliknya, Ahmad Hassan berkata, tepung gandum keluaran syarikatnya diimport khas dari Turki dan India, manakala Bidara Flour hanya melakukan proses menapis sebelum ia dibungkus. Menurutnya, tepung gandum berprotein tinggi diperoleh dari Turki manakala rendah protein diimport dari India.

"Tanpa penggunaan bahan kimia seperti Benzoyl Peroxide menjadikan tepung ini pilihan golongan pengusaha kilang, kedai kek dan individu. Selaras dengan slogan 'Pilihan Utama Anda', syarikat berusaha memberi yang terbaik supaya misi tercapai, sekali gus menjadikan Bidara Flour pembekal tepung gandum ternama Bumiputera di Malaysia," katanya kepada Sinar Harian.

Ahmad berkata, syarikat sentiasa memastikan tepung gandum yang dihantar berkualiti dan memenuhi permintaan pelanggan serta dijual pada harga yang kompetitif. Menurutnya, tepung gandum Bidara Flour boleh didapati di pasar raya Mydin. Bagaimanapun, syarikat sedang berunding memasarkan produk itu di pasar raya besar Tesco dan Giant. "Selain itu, syarikat sedang menjalinkan usaha sama dengan jabatan kerajaan, pusat zakat dan organisasi lain yang berminat dengan produk jenama Bidara Flour," katanya.

Rancang buka kilang proses gandum

Ahmad berkata, sejajar dengan saranan kerajaan supaya Bumiputera lebih agresif terlibat dalam bidang ekonomi, Bidara Flour sentiasa bersaing untuk lebih maju ke hadapan. Menurutnya, bagi mencapai hasrat itu, syarikat merancang membina kilang pemprosesan gandum sendiri pada masa akan datang supaya pelanggan boleh mendapatkan produk tepung gandum buatan Bumiputera dengan lebih mudah.

“Kami juga berhasrat menghasilkan produk sejuk beku berasaskan tepung gandum seperti roti canai, capati dan sebagainya dengan jenama sendiri. Syarikat juga menggalakkan pengeluar Bumiputera lain mengambil peluang menceburkan diri dalam pelbagai jenis perniagaan termasuk industri tepung gandum," katanya.

Beliau berkata, perniagaan yang dijalankan bukan untuk mengaut keuntungan semata-mata, tetapi lebih kepada menjalankan tanggungjawab sosial korporat kepada pengguna khususnya Bumiputera.

3 comments :

  1. Assalamu'alaikum

    Maaf bertanya, adakah tepung jenama ini telah di pasarkan di negeri Pahang khususnya di kuantan? Kalau ada di mana ? Kalau tiada bagaimana boleh saya perolehinya ?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Ima shs, kalau masih berminat utk pembelian runcit, boleh contact saya ya Aini 0126941535, saya sudah mula bawa sedikit demi sedikit ke kntn berdasarkan permintaan kawan2..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum... Saya mencari pembeli tepung dari ukrine untuk berurusan dgn pengilang2 tepung melayu...dijual hanya kepada pegilang bagi utk packing semula.. Quality sangat baik. Untuk maklumat boleh email di alfaqeer_aloxs@yahoo.com. Syukran

    ReplyDelete