PORTFOLIO



SEJARAH PENUBUHAN


Bidara Flour Sdn Bhd, syarikat pembekal tepung gandum bumiputera yang pertama di Malaysia 


Bidara Flour Sdn. Bhd.  merupakan sebuah syarikat 100% milik bumiputera yang ditubuhkan pada 17 Disember 2009. Bidara Flour Sdn. Bhd. sebelum ini dikenali dengan nama Bidara Food Sdn. Bhd. ditubuhkan pada tahun 2003 telah menjalankan perniagaan berasaskan produk makanan dan kemudian ditukarkan namanya kepada Bidara Ventures Sdn. Bhd. yang beroperasi sejak tahun 2005. Bidara Flour Sdn.  Bhd. berpengalaman luas dalam bidang perkhidmatan membekalkan produk komoditi bagi pasaran dalam negara dan antarabangsa.

Alhamdulillah, dengan permintaan yang wujud dan sentiasa meningkat dalam industri makanan terutamanya yang berasaskan tepung gandum pada hari ini telah melahirkan idea bagi Bidara Flour Sdn. Bhd. menceburkan diri dalam indusri pembungkusan dan pembekalan tepung gandum untuk pasaran di dalam negara dan juga Negara-negara rantau ASEAN.

Seruan kerajaan agar pembabitan Bumiputera lebih agresif  dalam membangunkan ekonomi bumiputera merupakan antara faktor menjadikan kami sentiasa ingin bersaing untuk lebih maju ke hadapan. Seiring dengan era pembangunan negara ke arah melahirkan usahawan Bumiputera yang progresif dan inovatif, maka menjadi hasrat kami untuk bersama-sama bergerak melangkaui cabaran dalam pasaran industri pembungkusan bahan makanan. Hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai usahawan di Malaysia terutamanya dalam kalangan Bumiputera sebagaimana yang telah diuar-uarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dalam rancangan “Model Ekonomi Baru” akan dapat direalisasikan melalui kewujudan syarikat peneraju pertama Bumiputera yang terlibat secara langsung dalam bidang industri pembungkusan dan pembekalan tepung gandum di Malaysia, iaitu Syarikat Bidara Flour Sdn. Bhd., insya-Allah. Produk tepung gandum yang dibungkus dan diedarkan oleh Bidara Flour Sdn. Bhd. diimport dari negara Turki, iaitu sebuah negara Islam yang menekankan aspek kualiti. Produk ini mendapat pengiktirafan sijil Halal dari Majlis Ulama Indonesia (MUI).


.:: MISI ::.

Bidara Flour bercadang untuk menjadi antara pembekal tepung gandum ternama di Malaysia dengan memastikan penghantaran tepung gandum yang BERKUALITI, BEKALAN YANG BERTERUSAN dan DENGAN HARGA YANG BERDAYA SAING.


.:: OBJEKTIF STRATEGIK ::.

 Meletakkan Bidara Flour sebagai pembekal produk Islam, Halal dan Berkualiti

 Memastikan bekalan tepung gandum sentiasa mencukupi dan berterusan

 Berusaha mengekalkan harga yang berdaya saing

 Membina rangkaian pengedaran yang efisyen dan efektif

 Menjalankan segala aktiviti promosi yang bersesuaian
 
 
.:: MOTTO ::.

“ Your Preferred Choice”

“ Pilihan Utama Anda”

Berkualiti Tinggi
Produk Halal Lagi Baik
Produk Muslim

Tiada Bahan Kimia/ Benzoyl Peroxide
Kelulusan SIRIM
 

Alamat: 
BIDARA FLOUR SDN. BHD.
No.1, Jalan Lada Hitam 16/12,
Seksyen 13, 40200 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan.

No. Tel : 603-55114612 
No. Fax : 603-55114613