Monday, February 6, 2017

BIDARA MENYERTAI FOOD FLOTILLA FOR MYANMAR

Image may contain: sky, outdoor and water

Tepung Bidara menyertai kempen Food Flotilla For Myanmar untuk membantu saudara seagama di Rohingnya. Kapal berlepas pada 3hb Feb 2017 dijangka sampai 8hb feb.

Wednesday, November 11, 2015

STOK BULAN NOV 2015








Stok untuk Bulan November 2015 telah sampai kilang.

Untuk tempahan sila hubungi 03-55114612 (Siti), 03-55244612 (Rozita)
atau emel bidara.flour@gmail.com

PEMBENTANGAN BIDARA FLOUR DI MENARA SKM


Pada tarikh 22 Oktober 2015, Hj Ahmad bin Hassan, Pengarah Urusan Bidara Flour telah membentangkan Kertas Kerja Usahasama Bidara Flour dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia di Bilik Mesyuarat Tingkat 2, Menara SKM, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Turut hadir ialah Y.Bhg Datin Zuraidah binti Hasni, Ketua Sektor Pembangunan Koperasi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia. 

Usahasama ini akan melibatkan koperasi seluruh Malaysia melalui DC yang dilantik.

Monday, December 1, 2014

STOK BARU SAMPAI : 1 DISEMBER 2014.

Assalamualaikum...


Di atas penantian anda semua, stok baru akhirnya sampai jua. Jadi, kepada sesiapa yang ingin mendapatkan stok, anda bolehlah datang ke kilang kami di Seksyen 16, Shah Alam. Di mana lagi untuk mendapatkan tepung tanpa peluntur Benzoyl Peroxide. 


Dijangka, stok yang seterusnya akan sampai lagi pada 11 atau 12 Disember 2014. Jadi apa tunggu lagi. Mari datang ke sini untuk mengambil stok anda. :D :D :D

Friday, November 23, 2012

BIDARA @SINAR HARIAN

Laporan Sinar Harian mengenai Tepung Bidara dalam ruangan bisnes.


Haji Ahmad Hassan menerangkan keistimewaan tepung gandum keluaran syarikatnya.


Eksekutif Pemasaran Bidara Flour, Arifin Aziz menunjukkan tepung gandum yang dihasilkan. 
Bidara Flour mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sinar Harian kerana telah memilih Bidara Flour dalam ruangan BISNES : Niaga Jaya keluaran hari Rabu, 14 November 2012.

Berikut adalah petikan berita :
TEPUNG GANDUM PERTAMA KELUARAN BUMIPUTERA
Wartawan : NURUL HIDAYAH HAMID
Wartawan Foto : WAN MUHAMMAD ASYRAF WAN ZAKARI
14 November 2012

Layari Tepung Gandum Produk Melayu Pertama untuk membaca artikel dalam versi elektronik

Berpengalaman dalam bidang perusahaan tepung gandum hampir 12 tahun menjadi pemangkin kepada Ahmad Hassan melebarkan perniagaannya selepas mengambil alih salah sebuah syarikat pada penghujung 2009.

Secara tidak langsung, Ahmad merupakan usahawan Bumiputera pertama yang mengeluarkan tepung gandum walaupun terpaksa mengeluarkan modal besar termasuk mendapatkan bantuan daripada Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB). Pengeluaran tepung gandum di bawah kelolaan Bidara Flour Sdn Bhd mendapat permintaan tinggi dari hari ke hari sehingga mampu bergelar syarikat Bumiputera pertama sebagai pembekal tepung gandum.

Selain menguasai pasaran Malaysia, produk syarikat juga berjaya menembusi pasaran Singapura bagi produk sama dan bercadang membuka kilang memproses tepung dalam tempoh lima tahun akan datang.

Halal, berkualiti dan tanpa peluntur

Pemiliknya, Ahmad Hassan berkata, tepung gandum keluaran syarikatnya diimport khas dari Turki dan India, manakala Bidara Flour hanya melakukan proses menapis sebelum ia dibungkus. Menurutnya, tepung gandum berprotein tinggi diperoleh dari Turki manakala rendah protein diimport dari India.

"Tanpa penggunaan bahan kimia seperti Benzoyl Peroxide menjadikan tepung ini pilihan golongan pengusaha kilang, kedai kek dan individu. Selaras dengan slogan 'Pilihan Utama Anda', syarikat berusaha memberi yang terbaik supaya misi tercapai, sekali gus menjadikan Bidara Flour pembekal tepung gandum ternama Bumiputera di Malaysia," katanya kepada Sinar Harian.

Ahmad berkata, syarikat sentiasa memastikan tepung gandum yang dihantar berkualiti dan memenuhi permintaan pelanggan serta dijual pada harga yang kompetitif. Menurutnya, tepung gandum Bidara Flour boleh didapati di pasar raya Mydin. Bagaimanapun, syarikat sedang berunding memasarkan produk itu di pasar raya besar Tesco dan Giant. "Selain itu, syarikat sedang menjalinkan usaha sama dengan jabatan kerajaan, pusat zakat dan organisasi lain yang berminat dengan produk jenama Bidara Flour," katanya.

Rancang buka kilang proses gandum

Ahmad berkata, sejajar dengan saranan kerajaan supaya Bumiputera lebih agresif terlibat dalam bidang ekonomi, Bidara Flour sentiasa bersaing untuk lebih maju ke hadapan. Menurutnya, bagi mencapai hasrat itu, syarikat merancang membina kilang pemprosesan gandum sendiri pada masa akan datang supaya pelanggan boleh mendapatkan produk tepung gandum buatan Bumiputera dengan lebih mudah.

“Kami juga berhasrat menghasilkan produk sejuk beku berasaskan tepung gandum seperti roti canai, capati dan sebagainya dengan jenama sendiri. Syarikat juga menggalakkan pengeluar Bumiputera lain mengambil peluang menceburkan diri dalam pelbagai jenis perniagaan termasuk industri tepung gandum," katanya.

Beliau berkata, perniagaan yang dijalankan bukan untuk mengaut keuntungan semata-mata, tetapi lebih kepada menjalankan tanggungjawab sosial korporat kepada pengguna khususnya Bumiputera.

Thursday, July 19, 2012

TEPUNG UNBLEACH CAP BIDARA




Ingin menjadi pengedar Tepung Gandum Unbleach Cap Bidara ? Sila datang kilang kami di Seksyen 16, Shah Alam.
Alamat kami: 
No. 1, Jalan Lada Hitam 16/12, 
Seksyen 16, 
40200 Shah Alam, 
Selangor. Malaysia.

Selamat Menyambut Ramadhan

"Seluruh Staf dan Pengurusan Bidara Flour merakamkan ucapan Selamat Menyambut dan mengisi Bulan Ramadhan al-Mubarak Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun lepas meriahkan suasananya dengan masakan Tepung Cap Bidara."

STOK BARU SUDAH SAMPAI

Ketibaan tepung baru untuk stok Ramadhan yang menjadi penantian pengguna selama ini sudah berada di kilang Bidara Flour. Cubalah tepung bidara baru, lebih lembut dan lebih gebu.


Tuesday, November 29, 2011

PROMOSI JUALAN MURAH



Jualan Murah Tepung Bidara
hanya RM 20.00 sekotak (harga di kilang)
Sempena Tahun Baru 1433H dan 2012M
Sah sehingga 30 Disember 2011 sahaja!
Dapatkan sekarang!!!

SALAM MA'AL HIJRAH




Seluruh kakitangan Bidara Flour mengucapkan
SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH 1433H

Friday, August 26, 2011

SELAMAT HARI RAYA



kepada semua pengguna tepung keluaran Bidara Flour
dan kepada seluruh muslimin dan muslimat

kami mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1432H
MOHON MAAF ZAHIR BATIN
TAQABBALALLAH MINNA MINKUM




Thursday, December 30, 2010

Perutusan Tahun Baru Ketua Pegawai Eksekutif Bidara Flour Sdn Bhd

Assalamu’alaikum wrt wbt,

Pertamanya, marilah kita bersama-sama memanjat kesyukuran kepada Allah swt kerana di atas taufiq dan ‘inayahNya kita masih lagi diizinkanNya untuk terus hidup di tahun baru Hijriyyah 1432 dan tidak lama lagi tahun baru Masehi 2011. Harapan saya moga tahun baru yang kita sambut ini akan menjanjikan seribu kebaikan dan kesejahteraan buat kita semua. Juga tidak lupa doa kita moga sisa-sisa hidup kita yang tinggal akan terus mendapat keberkatan daripada Allah swt.

Kita juga perlu bersyukur kerana masih kekal dalam usaha untuk mempertingkatkan ekonomi ummah dengan tumpuan kepada perniagaan tepung gandum, bidang perniagaan yang seolah-olah dilupakan oleh umat Islam.

Setelah menempuh lebih 6 bulan bidang perniagaan ini secara aktif, bermula dari kosong, berkat bantuan dan doa semua pihak, Bidara Flour kini semakin maju dan terus berkembang. Pesanan dan pujian diterima sabanhari menandakan keperihatinan ummah dalam perjalanan syarikat yang antara satu-satunya pembekal Muslim makanan asasi ini di dalam negara.

Kita semua bertanggungjawab untuk memastikan perniagaan ini akan terus maju sebagai memenuhi amanah fardhu kifayah dan menjadi kebanggaan ummah kelak.

Pihak syarikat berjanji akan melihat semua masaalah dengan teliti dan mencari jalan sebaik mungkin untuk mengatasinya. Kita sedang berusaha untuk mendapatkan sebuah gudang yang lebih besar dan sesuai, mesin dan operator yang lebih cekap, kawalan mutu yang lebih sistematik, kawalan serangga yang lebih kemas dan berkesan, dan penghantaran produk mengikut jadual.

Akhir kata, sama-sama kita mendakap amanah dan memikul tugas demi kesejahteraan kita bersama. Selamat maju jaya.

Sekian, terima kasih.

DEMO MASAKAN CHEF LIZA DI KARNIVAL HALAL SELANGOR





Bidara menaja tepung untuk Chef Liza untuk Demo Masakan di Karnival Halal Selangor di Masjid Negeri Selangor pada hari jumaat-ahad, 24-26 Disember 2010. Chef membuat 6 jenis masakan menggunakan tepung keluaran Bidara Flour. maklumat lanjut mengenai chef lawat laman web beliau.

BIDARA @ APA KATA WANITA TV 1 (LIVE)





Bidara menaja hamper penonton dalam program APA KATA WANITA bersama Zamzarina, LIVE di TV1 pada hari Sabtu 18 Disember 2010 jam 12.00 tgh - 01.00 ptg.
maklumat lanjut layari blog akw dalam tajuk kahwin! kahwin! kahwin!.

BERSAMA BENGKEL ANIS





"sudah terbukti kehebatan tepung bidara" kata CFN
Bidara menaja tepung bidara untuk BENGKEL ANIS bersama Chef Faizal Ng (CFN) di Intekma Resort Sec 7 Shah Alam pada 18 Disember 2010 (Sabtu). Chef mengajar 10 jenis roti, pizza bun, split bun, potato bun, sweet cherry bun, garlic bun, custard bun, yellow river bun, twist bun, sugar stick bun dan mexican coffee bun. maklumat lanjut tentang kursus boleh layari kursus uli-uli roti dan untuk maklumat lanjut chef boleh layari laman web beliau di www.cheffaizalng.com

bertemu lagi di kursus bengkel anis yang akan datang.

BIDARA DI KARNIVAL IKTIRAF PUTRAJAYA



Bidara menaja tepung yang digunakan Chef Yang Jamil pada Demo Masakan di Karnival IKTIRAF Putrajaya, 10-12 Disember 2010. Pada masa yang sama seramai 10.000 orang berjalan untuk Walk4Gaza yang dilepaskan oleh mantan PM,Dr Mahathir, daripada Masjid Putra ke tapak karnival yang juga tempat chef buat demo masak. orang ramai beratur panjang untuk menikmati sajian chef pada petang itu.