Thursday, December 30, 2010

Perutusan Tahun Baru Ketua Pegawai Eksekutif Bidara Flour Sdn Bhd

Assalamu’alaikum wrt wbt,

Pertamanya, marilah kita bersama-sama memanjat kesyukuran kepada Allah swt kerana di atas taufiq dan ‘inayahNya kita masih lagi diizinkanNya untuk terus hidup di tahun baru Hijriyyah 1432 dan tidak lama lagi tahun baru Masehi 2011. Harapan saya moga tahun baru yang kita sambut ini akan menjanjikan seribu kebaikan dan kesejahteraan buat kita semua. Juga tidak lupa doa kita moga sisa-sisa hidup kita yang tinggal akan terus mendapat keberkatan daripada Allah swt.

Kita juga perlu bersyukur kerana masih kekal dalam usaha untuk mempertingkatkan ekonomi ummah dengan tumpuan kepada perniagaan tepung gandum, bidang perniagaan yang seolah-olah dilupakan oleh umat Islam.

Setelah menempuh lebih 6 bulan bidang perniagaan ini secara aktif, bermula dari kosong, berkat bantuan dan doa semua pihak, Bidara Flour kini semakin maju dan terus berkembang. Pesanan dan pujian diterima sabanhari menandakan keperihatinan ummah dalam perjalanan syarikat yang antara satu-satunya pembekal Muslim makanan asasi ini di dalam negara.

Kita semua bertanggungjawab untuk memastikan perniagaan ini akan terus maju sebagai memenuhi amanah fardhu kifayah dan menjadi kebanggaan ummah kelak.

Pihak syarikat berjanji akan melihat semua masaalah dengan teliti dan mencari jalan sebaik mungkin untuk mengatasinya. Kita sedang berusaha untuk mendapatkan sebuah gudang yang lebih besar dan sesuai, mesin dan operator yang lebih cekap, kawalan mutu yang lebih sistematik, kawalan serangga yang lebih kemas dan berkesan, dan penghantaran produk mengikut jadual.

Akhir kata, sama-sama kita mendakap amanah dan memikul tugas demi kesejahteraan kita bersama. Selamat maju jaya.

Sekian, terima kasih.

DEMO MASAKAN CHEF LIZA DI KARNIVAL HALAL SELANGOR





Bidara menaja tepung untuk Chef Liza untuk Demo Masakan di Karnival Halal Selangor di Masjid Negeri Selangor pada hari jumaat-ahad, 24-26 Disember 2010. Chef membuat 6 jenis masakan menggunakan tepung keluaran Bidara Flour. maklumat lanjut mengenai chef lawat laman web beliau.

BIDARA @ APA KATA WANITA TV 1 (LIVE)





Bidara menaja hamper penonton dalam program APA KATA WANITA bersama Zamzarina, LIVE di TV1 pada hari Sabtu 18 Disember 2010 jam 12.00 tgh - 01.00 ptg.
maklumat lanjut layari blog akw dalam tajuk kahwin! kahwin! kahwin!.

BERSAMA BENGKEL ANIS





"sudah terbukti kehebatan tepung bidara" kata CFN
Bidara menaja tepung bidara untuk BENGKEL ANIS bersama Chef Faizal Ng (CFN) di Intekma Resort Sec 7 Shah Alam pada 18 Disember 2010 (Sabtu). Chef mengajar 10 jenis roti, pizza bun, split bun, potato bun, sweet cherry bun, garlic bun, custard bun, yellow river bun, twist bun, sugar stick bun dan mexican coffee bun. maklumat lanjut tentang kursus boleh layari kursus uli-uli roti dan untuk maklumat lanjut chef boleh layari laman web beliau di www.cheffaizalng.com

bertemu lagi di kursus bengkel anis yang akan datang.

BIDARA DI KARNIVAL IKTIRAF PUTRAJAYA



Bidara menaja tepung yang digunakan Chef Yang Jamil pada Demo Masakan di Karnival IKTIRAF Putrajaya, 10-12 Disember 2010. Pada masa yang sama seramai 10.000 orang berjalan untuk Walk4Gaza yang dilepaskan oleh mantan PM,Dr Mahathir, daripada Masjid Putra ke tapak karnival yang juga tempat chef buat demo masak. orang ramai beratur panjang untuk menikmati sajian chef pada petang itu.